UMobile Menawarkan Pilihan Talian Prabayar Bersama-sama Pakej Komunikasi Belia

UMobile Menawarkan Pilihan Talian Prabayar Bersama-sama Pakej Komunikasi Belia

Diterbitkan pada Dis 31, 2012 oleh .

Selain daripada TuneTalk, UMobile juga kini telah menambah halaman khas pada laman web mereka, memfokuskan kepada Pakej Komunikasi Belia. Daripadanya, kelihatan pihak UMobile lebih kepada menawarkan pelan prabayar melaluinya.

UMobile - Xperia Tipo

UMobile menyediakan sebuah pek prabayar khas yang didatangkan dengan RM28, serta mengalakkan pengguna melanggan pakej UMI28 untuk pelanggan Pakej Komunikasi Belia ini.

Namun, berbeza dengan TuneTalk yang menawarkan pelbagai pilihan peranti, pihak UMobile hanya menawarkan peranti Sony Xperia Tipo sahaja pada harga RM299 (selepas rebat kerajaan). Walaubagaimanapun, mungkin senarai peranti yang ditawarkan akan ditambah dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN