Cari @ Amanz

Pihak Yes turut sama tidak ketinggalan dalam menambah tawaran Pakej Komunikasi Belia, dimana melalui pakej tersebut, pihak Yes menawarkan telefon pintar Yes Buzz 4G Cloudphone berharga RM488 dan beberapa yang lain.

Yes - Pakej Komunikasi Bellia

Yes - Pelan Komunikasi Belia

Menariknya, pihak Yes turut sama menambah subsidi daripada pihak mereka, memberikan potongan sebanyak RM318, sekaligus menjadikan pengguna hanya perlu membayar RM50 untuk mendapatkan peranti Buzz 4G Cloudphone dan juga tambah nilai Yes bernilai RM30, serta YesID melaluinya.

Untuk pelan penggunaan yang mampu milik, pihak Yes menyediakan tawaran pakej 1Malaysia, menawarkan penggunaan data sebanyak 1GB, panggilan percuma selama 100 minit antara pengguna Yes, serta sebanyak 300 SMS percuma, melalui pelan mereka dengan komitmen sebanyak RM25.

TERIMA KASIH AIDIL

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd