Cari @ Amanz

BlackBerry 10 bakal diperkenalkan pada penghujung bulan ini, dan bersama-sama dengannya, salah satu perkara yang bakal turut menerima kemaskini adalah aplikasi pengurusan desktop mereka, dimana bakal dikenali sebagai BlackBerry Link.

Ia bakal menggantikan BlackBerry Desktop Software yang digunakan pengguna BlackBerry sekarang, dimana BlackBerry Link boleh digunakan untuk menguruskan peranti BlackBerry 10 dan juga BlackBerry PlayBook.

[amanz-gallery]

Daripada gambar versi awal yang diperlihatkan, ia menunjukkan antaramuka yang lebih baik berbanding sebelumnya, dimana menyertakan fungsi-fungsi seperti memindah-turun dan naik fail dan dokumen daripada peranti ke desktop, membuat salinan pendua, ataupun mengembalikan peranti seperti sedia kala.

Pengurusan dokumen juga tampak lebih menarik berbanding sebelumnya, selain memberikan lebih informasi kepada pengguna berkaitan apakah yang tersimpan dalam peranti mereka.

Ia dikatakan ini hanyalah versi beta, dan mungkin versi akhir kelak akan mengalami sedikit perubahan padanya. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pada 30 Januari 2013 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd