Cari @ Amanz

Career Ignite Resume BuilderTerdapat beberapa perkhidmatan berasaskan web yang memudahkan pengguna membina resume, tetapi bagaimana pula sekiranya anda ingin lakukannya pada desktop pada masa terluang anda? Salah satu perisian yang memudahkannya adalah Career Igniter Resume Builder.

Career Igniter Resume Builder merupakan perisian ringkas, dimana ia menyediakan pelbagai ruangan yang diperlukan pada resume, dan pengguna hanya perlu mengisinya dengan beberapa data peribadi mereka sahaja.

Perisian percuma ini juga diintegrasikan terus ke perisian Microsoft Office, dimana setelah selesai mengisinya, pengguna boleh terus menyimpan ia dalam format *DOC, sebelum menghantarnya melalui emel ataupun mencetaknya. Namun, untuk menggunakan fungsi ini, pengguna perlulah mempunyai perisian Office yang sedia terpasang pada komputer anda.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun perisian Career Igniter Resume Builder ini secara percuma, dan menggunakannya dalam membuat resume anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd