Cari @ Amanz

Chameleon Launcher yang dimulakan sebagai projek di Kickstarter merupakan antara yang berjaya, dengan telah melancarkan aplikasi mereka kepada pengguna Android pada tahun lepas. Kini, nampaknya, mereka akan bergerak selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan versi telefon pintar tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia masih dilabelkan sebagai peringkat Alpha, dan mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.

Daripada demonstrasi yang diperlihatkan, ia menunjukkan Chameleon Launcher dijalankan pada peranti Galaxy Note 2 dan juga Nexus 4. Mungkin pada peringkat awal, hanya segelintir peranti sahaja yang akan disokong padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd