Cari @ Amanz

Lebih kurang seminggu lagi sebelum BlackBerry 10 diumumkan secara rasmi, dan setelah beberapa gambar sebelum ini, kini sebuah gambar baru tertiris ke arena web, memperlihatkan dengan lebih dekat rekabentuk peranti yang dipanggil BlackBerry Z10.

BlackBerry Z10

BlackBerry Z10 membawakan skrin sentuh sepenuhnya, dan didatangkan dalam pilihan warna hitam dan putih. Spesifikasi penuh untuk peranti ini dijangka akan diumumkan pada pelancaran rasmi pada minggu hadapan.

Di Malaysia, Maxis menjanjikan akan menjadi yang terawal memperkenalkan peranti ini. Namun, dari segi harga dan tarikh pelancaran tempatannya masih tidak diketahui buat masa ini.

BlackBerry Z10

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd