Cari @ Amanz

Televisyen merupakan salah satu tema utama pada CES 2013, dimana Samsung, LG, Sony dan lain-lain memperlihatkan TV mereka, termasuk TV dengan skrin OLED lengkung daripada LG.

LG OLED TV

Televisyen dengan angka mode EA9800 ini turut sama membawakan rekabentuk yang kemas dan nipis. Daripada apa yang diperlihatkan, ia dikatakan televisyen dengan rekabentuk seperti ini memudahkan lagi pengguna melihat kandungan berbanding televisyen sedia ada. Televisyen ini juga turut sama membawakan sokongan penuh CINEMA 3D padanya, selain fungsi-fungsi SMART TV.

Buat masa ini, harga dan bilakah ia akan dikomersialkan masih tidak diketahui sepenuhnya. LG merupakan antara yang terawal melancarkan televisyen OLED bersaiz 55-inci, dan mungkin kita akan dapat melihat persaingan dalam arena paparan OLED ini selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd