Cari @ Amanz

Setelah masalah sekuriti kritikal ditemui pada Java 7 sebelum ini, kini Oracle secara rasminya telah pun mengeluarkan kemaskini untuknya, sekaligus mengatasi kerentanan yang ditemui sebelum ini.

Daripada log yang diterbitkan, Oracle mengatasi dua masalah kerentanan, selain kini menetapkan Java Security Level kepada tinggi, sekaligus membuatkan applet berasaskan Java meminta kebenaran pengguna terlebih dahulu sebelum ia dijalankan pada komputer pengguna.

Bagi para pengguna yang menggunakan Java, boleh memuat-turun Java 7 (Update 11) terus daripada laman Oracle hari ini, dan menambah-baik sekuriti dan keselamatan komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd