Cari @ Amanz

Selain daripada Xperia ZL, salah satu peranti terkini yang turut diperlihatkan oleh Sony Mobile untuk pasaran Asia Tenggara adalah semestinya peranti utama dan berspesifikasi tinggi daripada mereka, iaitu Sony Xperia Z.

Rekabentuk
Spesifikasi Sony Xperia Z
Cip 1.5GHz (empat-teras) Qualcomm dan Adreno 320
Kamera Utama 13 megapixel
Kamera Hadapan 2 Megapixel
Storan Terbina Sehingga 16GB (tambahan melalui mikro-SD)
Memori 2GB RAM
Skrin 5-inci (1920×1080 pixel) Mobile Bravia Engine 2
Bateri 2340 mAh (minimum)

Dari segi rekabentuk, Xperia Z membawakan rekabentuk yang dinamakan sebagai Omni Balance, dimana Sony Mobile seperti menekankan kepada butang kuasa yang diberikan nafas baru, pada kedudukan yang lebih sesuai dicapai apabila digunakan pada sebelah tangan.

Disamping itu, ia membawakan binaan daripada bahan kaca yang kelihatan sangat premium dan menarik, pada mata, mahupun apabila dipegang pada tangan.

Namun, salah satu kekurangan peranti ini boleh dikatakan adalah dimana ia menjadi tarikan cap jari, kelihatan cap jari mudah melekat, menjadikan ia tampak kotor dengan mudah. Tetapi, dengan adanya fungsi kalis air, semestinya ia memberikan beberapa tarikan kepada ramai pengguna.

Sony Xperia Z

Skrin dan Kamera

Rakaman video dengan sokongan HDRPada Xperia Z ini juga, Sony menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p padanya. Ia membolehkan pengguna menikmati pelbagai perkara pada paparan yang lebih menarik, dan sukar sekali untuk nampak pixel padanya. Untuk menjadikan paparan lebih menarik, Sony turut menyertakan Mobile BRAVIA Engine 2 padanya.

Bercakap mengenai telefon pintar, salah satu perkara yang menjadi perhatian ramai adalah sokongan kamera padanya.

Sony menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan 2-megapixel pada bahagian hadapan di Xperia Z ini. Kedua-duanya menyokong rakaman HD penuh, dan menariknya, pengguna juga boleh merakamkan video dalam bentuk HDR menggunakan kamera pada peranti ini, menjadikan Xperia Z satu-satunya peranti yang menyertakan fungsi seumpama itu buat masa ini.

Pada masa yang sama, untuk rakaman gambar pula, pelbagai moda disediakan, selain sokongan rakaman burst mode tanpa had, membolehkan anda merakamkan gambar yang bergerak dengan mudah.

NFC dan Dock

Xperia Z, sama seperti kebanyakkan peranti pada hari ini, menyertakan sokongan NFC padanya, membolehkan perkongsian mahupun pelbagai perkara dilakukan dengan hanya menyentuh antara satu peranti ke yang lain.

Sony sendiri mempromosikan penggunaannya dengan beberapa aksesori tambahan yang akan dilancarkan bersama, dan Sony memanggilnya sebagai sokongan “One Touch”.

Pada Xperia Z juga, Sony menyertakan sebuah bahagian dock khas, dimana pengguna boleh mendapatkan aksesori daripada Sony dalam memudahkan mereka mengecas peranti, sekaligus mengelakkan daripada ruangan pengecasan bertutup mikro-USB menjadi longgar.

Sony Xperia Z - Aksesori

Sistem Operasi

Pada Xperia Z, Sony menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, yang mana membawakan pelbagai perkara menarik, termasuk sokongan Google Now dan juga kelancaran penggunaan tanpa mengalami sebarang lengah masa.

Sony sendiri membawakan antaramuka khas padanya, menyertakan bersama-sama beberapa fungsi baru, termasuk sokongan multi-tasking yang diberikan rekabentuk baru, berbeza dengan peranti Android lain. Sony turut menyertakan tambahan aplikasi yang boleh di pop keluar, dan dijalankan bersama-sama aplikasi lain, dinamakan sebagai Small Apps.

Pada bahagian tetapan pula, Sony menyertakan sokongan Power Management yang lebih baik, membolehkan pengguna mematikan fungsi yang tidak digunakan, sekaligus menjadikan masa penggunaan peranti mereka lebih lama berbanding kebiasaan.

Peranti ini juga menyokong gelombang LTE di Malaysia, membolehkan pengguna menikmati internet berkelajuan tinggi padanya berbeza dengan beberapa peranti lain di pasaran hari ini.

Sony Xperia Z

Harga Dan Tarikh Jualan

Sony mengatakan peranti ini akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula suku pertama tahun 2013 ini, dimana berkemungkinan pada bulan Mac kelak.

Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd