Cari @ Amanz

Bagi para peminat peranti Sony, mungkin salah satu peranti yang dinantikan selain daripada Xperia V adalah Sony Xperia TX. Kini, kelihatan peranti tersebut telah pun mula dijual beberapa penjual tempatan, pada harga RM1440.

Sony Xperia TX

Sony Xperia TX ini telah dilancarkan pada bulan Oktober yang lepas, membawakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 720×1280 pixel. Pada masa yang sama, ia turut dilengkapi dengan cip dua-teras 1.5GHz Krait, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan sebanyak 16GB, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel padanya.

Pada harga RM1440, mungkin ia akan mendapat permintaan dan juga perhatian ramai pengguna tempatan. Pihak Sony juga dijangka akan memulakan jualan Xperia V untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd