Cari @ Amanz

LG Optimus G Pro 5.5-inciBaru sahaja hari ini pihak LG menerbitkan video promosi untuk peranti baru mereka, dan terkini, gambar dan spesifikasi untuk peranti LG Optimus G Pro telah pun tertiris ke arena web.

LG sebelum ini telah memperkenalkan LG Optimus G Pro untuk pasaran Jepun. Namun, daripada apa yang kelihatan sekarang, untuk pasaran antarabangsa, LG bakal membawakan LG Optimus G Pro yang bersaiz sedikit besar, iaitu 5.5-inci, dengan beberapa perubahan pada spesifikasinya.

Dari segi spesifikasi, untuk versi antarabangsa ini, ia akan membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080×1920 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.7GHz Snapdragon, memori sebanyak 2GB RAM, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan, dan juga bateri berkapasiti 3,140 mAh padanya. Disamping itu, ia juga akan menyertakan ruangan kad mikro-SD padanya.

Dari segi rekabentuk pula, ia kelihatan seakan-akan membawakan beberapa elemen daripada Galaxy Note 2. Namun, memandangkan ia belum diumumkan secara rasmi, maka versi akhirnya mungkin berbeza daripada apa yang diperlihatkan.

Untuk pasaran Malaysia, sehingga hari ini, LG Optimus G masih tidak diperkenalkan lagi, dan tidak diketahui bilakah ia akan dilancarkan dan mula dijual disini.

LG Optimus G Pro 5.5-inci

Apa pun, apa kata anda berkenaan dengan peranti LG Optimus G Pro ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd