Cari @ Amanz

Selain daripada gambar prototaip awal untuk alat kawalan PlayStation 4 yang tertiris sebelum ini, kini sebuah lagi gambar baru hadir, yang dirakamkan daripada perspektif berbeza.

Prototaip Controller PS4

Daripada gambar baru ini, ia kelihatan ruangan headphone jack disediakan pada bahagian bawahnya, disamping membawakan rekabentuk pemegang yang sedikit berbeza berbanding alat kawalan sekarang, sekaligus memudahkan lagi pengguna memegangnya.

Sony dijangka akan membuat pengumuman berkenaan dengan konsol generasi baru mereka pada minggu hadapan, dimana lebih maklumat berkenaan dengan PlayStation 4 dijangka diketahui pada tarikh tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd