Cari @ Amanz

Adakah lebih banyak laman akan digodam menjelang PRU 13?Seperti telah menjadi salah satu perkara biasa, dimana pada setiap pertengahan tahun pertama, pelbagai laman menjadi sasaran pengodam. Terkini, dua laman tempatan yang menjadi sasaran adalah laman Jawi dan juga JPN Malaysia.

Laman Jabatan Agama Wilayah Persekutuan dilihat digodam oleh pengodam yang dinamakan Sofea Hana, dimana halaman utama laman tersebut digantikan dengan sebuah halaman khas, dengan mesej berkaitan pemilihan pemimpin yang jahil.

Untuk laman Jabatan Pendaftaran Negara pula, hanya sebuah halaman baru ditambah, dinamakan sebagai True Malaysian dan menyertakan mesej berkenaan dengan pengeluaran kad pengenalan palsu yang hangat dibincangkan akhir-akhir ini.

Sehingga artikel ini ditulis, kedua-dua laman masih belum kembali pulih sepenuhnya.

TIPS DARIPADA USAMAH

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd