Cari @ Amanz

Nampaknya selain daripada Android, pihak LG juga memfokuskan beberapa platform lain, termasuk telah mengambil-alih webOS untuk pembangunan televisyen pintar mereka, yang mana mungkin akan hadir seawal tahun 2014 kelak.

Seperti semua sedia maklum, beberapa kod daripada webOS telah pun dikeluarkan dibawah lesen sumber terbuka. Dari apa yang dikongsikan pihak HP, ia dikatakan LG tidak mengambil alih portfolio webOS sepenuhnya, dimana beberapa paten dan elemen daripadanya masih dilesenkan untuk LG.

Buat masa ini, apakah fungsi spesifik yang akan disertakan pada televisyen pintar berasaskan webOS ini masih tidak diketahui lagi. Namun, dengan webOS yang membawakan antaramuka menarik sebelum ini, semestinya apa yang bakal dibawakan oleh pihak LG adalah salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd