Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan kemudahan membaca pelbagai kandungan mengikut minat anda, seperti Flipboard, Pulse dan sebagainya. Terkini, salah satu aplikasi yang diuji dalam bentuk beta untuk Android adalah Material.

Material Beta

Material membawakan rekabentuk yang kemas dan mudah dikendalikan, membolehkan anda mengikuti pelbagai kemaskini kandungan dengan mudah melaluinya.

Sebaik sahaja selesai memasang aplikasi Material ini, pengguna akan diperlukan untuk log masuk menggunakan akaun Twitter dan juga Facebook. Kemudiannya, sebaik sahaja anda log masuk, ia akan secara automatik menarik apa yang diminati anda, berkemungkinan berdasarkan kepada perkongsian anda dan rakan-rakan lain di laman sosial.

Selepas beberapa minit, anda akan dipaparkan dengan sebuah edisi khas, membolehkan anda mengikuti beberapa topik yang dicadangkan, dan dengan mudah mengikuti apakah topik terhangat pada sesuatu hari.

Berbeza dengan beberapa aplikasi lain yang dikemaskini dalam bentuk masa-nyata, untuk Material ia hanya dikemaskini secara berkala, dan sesuai untuk mereka yang hanya ingin mengikuti kemaskini berita harian sekali atau dua setiap hari.

Buat masa ini, Material masih pada peringkat beta, dan mungkin pada versi akhirnya, lebih banyak fungsi baru akan ditambahkan padanya. Namun, salah satu kekurangan yang kami rasakan adalah dimana walaupun antaramuka yang dibawakan agak kemas, namun, ketika membaca sesuatu artikel, ia membuka laman web tersebut, dan bukannya memaparkan kandungan seumpama pada Flipboard dan juga Pulse.

Bagi pengguna Android yang berminat, boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd