Cari @ Amanz

Jam tangan pintar, walaupun bukan sesuatu yang baru, tetapi ia kelihatan mendapat perhatian ramai pengeluar pada tahun ini. Selain daripada desas-desus berkaitan jam tangan pintar daripada Apple, kini beberapa paparan skrin hadir, dikatakan daripada jam tangan pintar Samsung.

Samsung Galaxy Altius

Samsung Galaxy Altius

Sehingga kini, tiada sebarang gambar peranti yang tertiris ke web, tetapi sebaliknya, beberapa paparan skrin mula kelihatan, dikatakan daripada jam tangan pintar, Samsung Galaxy Altius.

Ia tidak diketahui apakah sistem operasi disebaliknya. Tetapi, sebelum-sebelum ini penjenamaan Galaxy digunakan untuk peranti Android daripada Samsung. Tetapi dari segi antaramuka, ia kelihatan tidak menggunakan antaramuka popular TouchWiz, tetapi sebaliknya membawakan antaramuka yang ringkas. Dari salah satu paparan skrin, ia kelihatan seumpama rekabentuk Tiles pada Windows Phone.

Daripada paparan skrin yang kelihatan juga, ia menunjukkann yang mana akan menyokong GSM padanya, disamping sokongan mengakses lagu, emel dan sebagainya pada peranti ini.

Samsung Galaxy Altius

Buat masa ini, kesahihan paparan skrin ini masih tidak diketahui sepenuhnya sama ada benar ataupun tidak. Tetapi dengan keupayaan pihak Samsung, tidak mustahil mereka hadir dengan jam tangan pintar mereka tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd