Cari @ Amanz

Galaxy S100Sebelum ini kita telah beberapa kali mendengar berkenaan dengan pelancaran Samsung Galaxy S4 yang dikatakan sekitar pertengahan bulan Mac. Kini, ia dikatakan Samsung mengesahkan tarikhnya pada 14 Mac (15 Mac waktu Malaysia) untuk pelancaran di New York.

Bagaimanakah rekabentuk, dan apakah spesifikasi yang akan dibawakan padanya masih tidak diketahui buat masa ini, dan semestinya dirahsikan oleh Samsung sehingga pelancaran rasminya kelak.

Daripada trend semasa peranti Android, mungkin kita boleh menantikan skrin dengan paparan resolusi tinggi, disamping menyertakan kamera dengan sokongan rakaman gambar yang baik padanya. Mungkin seperti Galaxy S3 sebelum ini, pelbagai fungsi-fungsi menarik mungkin didatangkan bersama-sama dengannya.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Samsung pada bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd