Cari @ Amanz

Dengan kejohanan badminton Axiata Cup yang akan bermula 21 Mac 2013 kelak, kini Axiata bersama-sama dengan Terato Tech kelihatan menyediakan aplikasi mudah-alih bersempena kejohanan tersebut untuk para pengguna peranti Android, BlackBerry dan juga iOS.

Axiata Cup 2013

Melalui aplikasi Axiata Cup ini, para pengguna disediakan dengan sebuah permainan ringkas, dimana selain hanya bermain secara kasual, pemain juga boleh menyertai peraduan yang disediakan bersempena Axiata Cup 2013 ini, dimana hanya memerlukan pengguna merakamkan video berkenaan cinta mereka terhadap badminton, dan berkongsi ke laman rasmi Axiata, serta berpeluang untuk memenangi hadiah.

Pada aplikasi berkenaan juga, selain hanya memainkan permainan secara kasual, pengguna juga turut sama boleh mengikuti pelbagai perkembangan semasa berkenaan dengan Axiata Cup 2013, dimana pengguna boleh mengikuti kemaskini kejohanan badminton tersebut, melihat video-video perlawanan, dan mendapatkan pelbagai jenis kandungan melaluinya.

Axiata Cup 2013

Jadi, sekiranya anda merupakan salah seorang pengemar permainan badminton, jangan lupa untuk memuat-turun aplikasi ini secara percuma hari ini, sama ada untuk Android, BlackBerry dan juga iOS.



© 2024 Amanz Media Sdn Bhd