Cari @ Amanz

Bagi pengguna peranti Windows Phone 8, terutamanya Lumia 920 dan juga Lumia 820 di Malaysia, semestinya menantikan kemaskini Portico untuk peranti mereka. Kini, pihak Nokia Malaysia telah pun hadir dengan kenyataan, dimana ia akan ditawarkan bermula 30 Mac hingga 30 April kelak.

Namun, apa yang mendukacitakan adalah dimana pengguna perlu ke Nokia Care Centre terpilih untuk mendapatkan kemaskini, dan bukannya melalui OTA. Untuk mengemaskini secara sendiri melalui OTA, pengguna dikatakan perlu menantikan sehingga pertengahan April, dimana tarikh pasti untuknya tidak diketahui buat masa ini.

Semestinya perkara ini tidak digemari ramai pengguna, apatah lagi memerlukan mereka ke Nokia Care Centre untuk mendapatkan kemaskini serta-merta, ataupun menantikan untuk masa yang lebih lama untuk mendapatkannya melalui OTA.

Jadi, bagi anda yang menggunakan peranti Lumia 920, adakah anda akan ke Nokia Care Centre, ataupun sanggup menantikan untuk lebih lama supaya mendapatkan kemaskini tersebut melalui OTA?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd