Cari @ Amanz

MOLNampaknya, MOL agak aktif akhir-akhir ini, dimana selain mengambil-alih dua syarikat dan mengukuhkan kedudukan di Turki baru-baru ini, mereka juga turut sama mengambil-alih salah satu syarikat di Indonesia, dinamakan sebagai AyoPay.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan kedua-dua pihak buat masa ini. AyoPay merupakan salah satu pengedar yang menawarkan MOLPoints ke lebih 40,000 saluran di Indonesia, termasuk pusat kafe siber dan juga penjual yang lain. Dengan kerjasama rapat mereka dengan MOL Indonesia sebelum ini, disamping rangkaian hubungan mereka, ini menjadikan AyoPay menjadi pilihan pengambil-alihan oleh pihak MOL.

Daripada pengumuman di laman rasmi AyoPay, ia kelihatan pengambil-alihan dan perubahan pengurusan berlaku sejak daripada tanggal 5 Mac yang lepas.

Bersama-sama dengan pengambil-alihan ini, pihak MOL turut sama mengatakan yang mana Indonesia merupakan pasaran yang diberikan perhatian utama oleh mereka untuk tahun 2013 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd