Cari @ Amanz

Sejak BlackBerry 10 diperkenalkan, pihak BlackBerry menekankan kepada kemudahan untuk membangunkan aplikasi untuk platform mereka, disamping memudahkan pembangun aplikasi sedia ada untuk mengubah aplikasi mereka untuk versi BlackBerry 10.

BlackBerry World

Kini, daripada jumlah aplikasi sebanyak 100,000 aplikasi untuk BlackBerry 10, ia dilaporkan yang mana sebanyak 20% adalah versi Android yang diubah untuknya.

Beberapa aplikasi boleh dikatakan berjalan tanpa sebarang masalah, namun beberapa seperti Waze masih menghadapi masalah apabila digunakan pada peranti BlackBerry 10.

Disamping itu, pengguna juga dengan mudah boleh mengubah aplikasi Android kegemaran mereka ke BlackBerry 10 dengan mengikuti beberapa langkah.

Walauapa pun, mungkin kita akan dapat melihat pembangun mula membangunkan aplikasi versi natif untuk BlackBerry 10, sebaik sahaja angka penggunanya meningkat dalam sebulan dua lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd