Cari @ Amanz

BitTorrent sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan BitTorrent Sync dalam bentuk ujian tertutup. Setelah beberapa minggu, kini pihak BitTorrent membuka penggunaan perkhidmatan tersebut kepada semua, sekaligus membolehkan orang ramai mengujinya dan menggunakannya sebelum ia dilancarkan dalam bentuk stabil.

BitTorrent Sync

BitTorrent Sync, seperti pada namanya, ia memfokuskan untuk menyelarikan fail anda pada pelbagai komputer milik anda atau bersama-sama rakan kerja. Walaupun beberapa perkhidmatan sedia menawarkan sokongan seumpamanya, BitTorrent Sync hadir dengan keunikkan ia tersendiri, dan menggunakan teknologi BitTorrent dalam menjayakannya.

Sebaik sahaja anda selesai memasangnya, BitTorrent Sync akan memberikan sebuah kod unik untuk digunakan pada pelbagai peranti anda. Anda juga boleh menjana kod unik khas untuk setiap folder sekaligus memudahkan anda berkongsi folder dengan pengguna lain.

Memandangkan ia menggunakan teknologi BitTorrent dan bukannya menyediakan ruangan storan dan sebagainya, anda memerlukan dua peranti dengan akses internet pada sesuatu masa untuk membolehkan pemindahan dan penyelarian fail dan folder dilakukan.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh mencuba sendiri BitTorrent Sync ini dengan memuat-turun perisian tersebut untuk komputer anda dan mengujinya sendiri dalam sync fail dan folder pada pelbagai komputer.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd