Cari @ Amanz

Maybank2u PayBagi pemilik blogshop atau perusahaan kecil, mungkin tidak ingin menghabiskan wang yang banyak untuk menyediakan platform pembayaran tersendiri dan menguruskannya. Untuk memudahkan perkara tersebut, kini Maybank hadir dengan sebuah perkhidmatan baru dinamakan Maybank2U Pay.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya memerlukan akaun Maybank2U, dan terhad kepada satu akaun seorang pengguna. Dengan menyertakan Maybank2U Pay juga, ia membolehkan pembeli dengan hanya satu klik, menekan butang Maybank2U Pay, dan kemudian terus melakukan pembayaran melaluinya.

Selain memudahkan proses pembelian, untuk pemilik akaun, Maybank juga menyediakan beberapa kelebihan termasuk laporan transaksi yang lebih menyeluruh, termasuk nama dan emel pembayar.

Buat masa ini, Maybank hanya menyediakan sokongan Maybank2U untuk pemilik blogshop berasaskan pakaian, aksesori, peralatan elektronik, makanan, dan beberapa kategori yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd