Cari @ Amanz

Setelah pelbagai ura-ura sebelum ini, Samsung hari ini telah pun secara rasminya memperkenalkan kemaskini untuk keluarga tablet mereka, Galaxy Tab, dimana versi terbarunya, Galaxy Tab 3 diperkenalkan dengan pilihan skrin bersaiz 7-inci terlebih dahulu.

Galaxy Tab 3

Samsung Galaxy Tab 3 (7-inci) ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 7-inci dengan resolusi 1024×600 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, kamera belakang 3-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel dan bateri berkapasiti 4,000 mAh.

Tablet ini menjalankan Android 4.1 Jelly Bean serta antaramuka TouchWiz, membawakan pelbagai aplikasi Samsung seperti Samsung Hub dan ChatOn.

Samsung mengatakan versi WiFi akan mula dijual bermula Mei ini, diikuti versi 3G pada bulan Jun. Namun tarikh pelancaran rasmi untuk Malaysia masih tidak diketahui lagi. Dari segi spesifikasinya, berkemungkinan kita akan dapat melihat harganya amat kompetitif, berkemungkinan akan bersaing dengan keluarga Nexus ataupun FonePad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd