Cari @ Amanz

Adobe Creative CloudAdobe Creative Suite mungkin telah sedia popular dikalangan ramai pengguna, dimana versi terakhir yang diperkenalkan oleh mereka adalah pada tahun lepas, iaitu Adobe CS6. Hari ini, Adobe mengumumkan mereka akan mematikan Creative Suite dan memfokuskan sepenuhnya pada Creative Cloud.

Dengan penjenamaan semula ini, kesemua aplikasi mereka akan menggunakan penjenamaan baru, dan dikenali sebagai aplikasi “CC”. Perkara ini akan membuatkan aplikasi Adobe dikenali sebagai Photoshop CC, InDesign CC, Illustrator CC, Dreamweaver CC, dan Premiere Pro CC.

Dengan penggunaan Creative Cloud ini, ia akan memfokuskan sepenuhnya kepada konsep langganan, dimana kesemua aplikasi Creative Cloud akan ditawarkan pada harga $49.99 sebulan, ataupun boleh turut memilih satu aplikasi pada langganan $19.99 sebulan. Namun, sekiranya anda pernah membeli Creative Suite 3 dan yang terkini, anda boleh mendapatkan langganan tahun pertama Creative Cloud pada harga $29.99 sebulan.

Creative Cloud ini juga dijangka akan mengurangkan lagi kadar perisian cetak rompak mereka, disamping membolehkan lebih ramai menggunakan perisian dan aplikasi Adobe pada kadar yang mampu. Creative Cloud telah diperkenalkan oleh pihak Adobe pada tahun lepas, dan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada awal tahun ini.

Adobe Creative Cloud

Walaubagaimanapun, seperti biasa, sekiranya pengguna masih ingin perisian seperti sebelum ini, mereka masih boleh mendapatkan Creative Suite 6 yang diperkenalkan pada tahun lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd