Cari @ Amanz

Adobe Dreamweaver CCSelain daripada Photoshop CC, pihak Adobe juga memperkenalkan kemaskini untuk pelbagai produk mereka, dimana salah satunya adalah Dreamweaver CC. Melaluinya, ia menyertakan pelbagai sokongan untuk pembangunan web moden pada masa kini.

Adobe Dreamweaver CC menyertakan antaramuka yang dikemaskini, serta memudahkan lagi pembangunan web melaluinya. Ia turut menyertakan fungsi baru dinamakan sebagai CSS Designer, membolehkan pembangun web menghasilkan kod standard untuk web mereka dengan lebih pantas.

Pada masa yang sama, beberapa sokongan baru juga turut diintegrasikan bersama-sama dengan Dreamweaver CC, termasuk Edge Web Fonts (Typekit) untuk membolehkan pengguna untuk mengintegrasikan lebih banyak pilihan jenis tulisan. Disamping itu, untuk memudahkan pembangunan aplikasi untuk iOS dan juga Android, Dreamweaver CC juga turut sama menyertakan sokongan PhoneGap terbina pada ia.

Adobe Dreamweaver CC

Sama seperti Photoshop CC, ia juga turut ditawarkan pada harga langganan bulanan $19.99 ataupun mendapatkan ia pada harga pakej keselurahan Creative Cloud untuk $49.99 sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd