Cari @ Amanz

Bagi kebanyakkan pengguna perbankan talian, salah satu perkara yang kurang digemari adalah apabila dikenakan caj untuk pemindahan dana dari satu bank ke bank yang lain. Sekiranya sebelum ini caj yang dikenakan adalah sekitar 50 sen sehingga RM2, bermula hari ini, caj tersebut dikurangkan kepada 10 sen untuk setiap transaksi.

Maybank - Interbank GIRO

Perubahan dan pengurangan caj perkhidmatan ini sekaligus membolehkan pengguna untuk lebih aktif melakukan pemindahan wang antara bank, dan pada masa yang sama tidak menanggung kos perkhidmatan yang tinggi seperti sebelumnya.

Caj sebanyak 10 sen ini dikatakan efektif bermula hari ini, dan disokong oleh pelbagai bank utama, termasuk Maybank dan juga CIMB. Ia dikatakan ini adalah salah satu inisiatif dalam mengalakkan lagi perbankan atas-talian oleh pihak Bank Negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd