Cari @ Amanz

Sementara ramai penyedia perkhidmatan internet yang memfokuskan kepada tawaran ruangan percuma dalam bentuk GB, kini Yahoo! memulakan langkah awal dengan mula menawarkan ruangan storan percuma sebanyak 1TB melalui Flickr.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Yahoo!, melalui ruangan percuma sebanyak 1TB ini, ia akan membolehkan para pengguna menyimpan lebih daripada 500,000 gambar dalam kualiti penuh, sekaligus membolehkan mereka menyimpan seberapa banyak memori dan hasil karya mereka dengan mudah melalui Flickr.

Flickr Baru

Bersama-sama dengan pengumuman ini, pihak Yahoo! juga turut sama memperkenalkan rekabentuk baru laman Flickr, memfokuskan sepenuhnya kepada gambar, Selain halaman utama yang memaparkan pelbagai kemaskini semasa berkenaan aktiviti pengguna dan rakan-rakan mereka, pihak Yahoo! juga turut mengemaskini rekabentuk halaman profil, sekaligus membolehkan para pengguna memperlihatkan pelbagai hasil rakaman mereka kepada dunia luar.

Rekabentuk baru ini telah pun boleh diakses oleh semua pengguna bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd