Cari @ Amanz

Google dikatakan sedang merancang untuk membida pengambil-alihan Waze pada nilai $1 bilion atau lebih. Sekiranya perkara ini benar, dan Google berjaya mendapatkannya, maka ia akan meletakkan Google dihadapan dalam arena pemetaan dan juga navigasi.

Waze

Waze seperti semua sedia maklum menyediakan aplikasi berbentuk navigasi dan pemetaan, disamping menyertakan sokongan sosial untuk membolehkan pengguna mengetahui keadaan trafik semasa, termasuk kemalangan jalan raya, dan sebagainya.

Sebelum ini, beberapa desas-desus telah hadir mengatakan pihak Facebook turut sama berminat dengannya.

Pada hari ini, Waze digunakan oleh lebih 47 juta pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd