Cari @ Amanz

HP pada Mobile World Congress 2013 yang lepas telah memperkenalkan tablet Android pertama mereka, dan kini mereka menambah tawaran peranti Android dengan mengumumkan HP SlateBook x2.

HP SlateBook x2

Seperti beberapa peranti pada hari ini, HP SlateBook x2 didatangkan dengan bahagian tablet dan papan kekunci yang boleh ditanggalkan, dan apabila digabung boleh digunakan seumpama komputer riba.

HP SlateBook x2 didatangkan dengan skrin bersaiz 10.1-inci, cip pemprosesan empat-teras NVIDIA Tegra 4, dan juga ruangan storan sebanyak 64GB. Pengguna turut boleh menambah ruangan storan melalui mikro-SD.

Dari segi sistem operasi, ia dijana menggunakan Android 4.2.2 Jelly Bean, dan membawakan antaramuka asal Android tanpa sebarang perubahan drastik.

HP akan menjualnya pada harga $479.99 (~RM1442) bermula Ogos kelak. Namun, ia tidak diketahui sama ada peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd