Huawei telah memperkenalkan telefon pintar bersaiz 6.1-inci pada awal tahun ini, dan kini melalui halaman Facebook mereka, Huawei berkongsi mengatakan mereka akan melancarkan peranti tersebut untuk pasaran Malaysia pada 30 Mei kelak.
Selain skrin bersaiz 6.1-inci, ia turut menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, memori 2GB RAM, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, dan turut didatangkan bersama-sama bateri berkapasiti 4050mAh.
Huawei Ascend Mate ini ditawarkan bersama-sama Android 4.1 Jelly Bean dan juga antaramuka khas Huawei dinamakan sebagai EmotionUI.
Harga jualannya berkemungkinan akan diumumkan ketika acara pelancarannya di Malaysia pada 30 Mei kelak.