Cari @ Amanz

Beberapa minggu lepas, gambar tablet bersaiz 8-inci daripada Acer telah pun tertiris ke arena web, dan kini tablet tersebut disenaraikan pada laman web Acer Finland dibawah nama Iconia W3.

Acer Iconia W1

Daripada spesifikasi yang diperlihatkan, peranti ini membawakan skrin bersaiz 8-inci WXGA, cip pemprosesan Intel Atom Z2760, memori sebanyak 2GB, ruangan storan terbina 32GB (eMMC), kamera hadapan 2-megapixel, dan bateri yang bertahan sehingga 8 jam lamanya. Ia turut dilengkapi dengan sistem operasi Windows 8 Pro.

Tablet ini turut menjadi tablet pertama Windows 8 yang bersaiz 8-inci. Walaubagaimanapun, info berkaitan bilakah ia akan mula dijual dan berapakah harga pasaran untuknya tidak diperlihatkan pada laman tersebut buat masa ini.

Acer Iconia W3

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd