Cari @ Amanz

FoodPanda merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web, membolehkan para pengguna membuat tempahan dan seterusnya makanan tersebut terus dihantar kepada anda. Kini, dilihat FoodPanda terus menambah beberapa nama besar dibawah perkhidmatan mereka.

Terkini, antara restoran baru yang ditambah pada FoodPanda adalah termasuk Starbucks dan juga Old Town White Coffee. Perkara ini juga sekaligus membolehkan para pengguna di sekitar Lembah Klang untuk membuat tempahan makanan dan minuman daripada kafe tersebut, dan ia akan dihantar terus ke rumah pengguna.

Daripada apa yang dikongsikan pihak FoodPanda, sempena pengenalan ini, mereka akan menawarkan penghantaran percuma untuk makanan dan minuman Starbucks dan Old Town White Coffee dari 1 Julai hingga 8 Julai 2013 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd