Cari @ Amanz

HTC hari ini telah pun mengumumkan telefon pintar HTC Butterfly S di Taiwan, dimana menyertakan pelbagai kemaskini dari segi spesifikasi dan rekabentuk berbanding dengan versi Butterfly sebelum ini.

HTC Butterfly S

HTC Butterfly S membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.9GHz Snapdragon 600, memori sebanyak 2GB RAM, bateri berkapasiti 3200mAh, serta dilengkapi dengan kamera HTC UltraPixel pada bahagian belakang dan kamera 2.1-megapixel pada bahagian hadapan.

Ia dijangka akan dijual di Taiwan sekitar bulan Julai ini, dan masih tidak diketahui lagi berkenaan bilakah peranti ini akan dijual di pasaran global.

HTC Butterfly S

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd