Cari @ Amanz

Selain daripada Haswell dan juga Bay Trail, pihak Intel juga turut sama berkongsi beberapa maklumat asas berkaitan dengan cip Merrifield yang akan hadir bersama-sama telefon pintar Android pada awal tahun hadapan.

Intel Merrifield

Melalui Merrifield, selain daripada sokongan 4G LTE, pihak Intel juga dilihat akan menyertakan sokongan Sensor Hub, dimana apakah fungsi penuhnya masih tidak diketahui. Cip tersebut juga dijangka akan membolehkan data dan privasi para pengguna lebih terjaga berbanding pada hari ini.

Info lain yang dikongsikan oleh pihak Intel adalah seperti biasa, Merrifield dikatakan akan membawakan prestasi perkomputeran yang lebih baik, disamping membawakan penggunaan bateri yang lebih jimat.

Intel Merrifield

Pada pengumuman ini, pihak Intel juga turut memperlihatkan telefon pintar rujukan untuk Merrifield ini. Telefon pintar yang menggunakan cip pemprosesan ini mungkin akan diperlihatkan pada Mobile World Congress 2014 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd