Cari @ Amanz

Bermula hari ini, pihak Maxis telah pun mula menawarkan variasi LTE untuk telefon pintar Samsung Galaxy S4 melalui pakej mereka, membolehkan para pengguna mendapatkannya pada harga RM1399 dengan langganan pakej TalkMore 78.

Maxis - Galaxy S4 LTE

Seperti semua sedia maklum, Galaxy S4 LTE membawakan spesifikasi yang sama dengan versi tanpa-LTE, tetapi cuma perbezaan dari segi cip pemprosesan. Samsung Galaxy S4 LTE menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.9GHz, berbanding yang biasa menyertakan cip pemprosesan Exynos 5 Octa.

Peranti ini juga turut sama ditawarkan dalam beberapa pilihan pakej lain, termasuk SurfMore 75 (pada harga RM1649), dan juga TalkMore 48 (pada harga RM1749).

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Celcom, DiGi dan juga UMobile akan menawarkannya, memandangkan mereka masih belum bersedia dengan talian rangkaian LTE buat masa ini.

Galaxy S4 LTE juga kelak akan ditawarkan melalui para pengedar rasmi Samsung di Malaysia pada harga RM2499 untuk versi 32GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd