Cari @ Amanz

Microsoft telah berkongsi mengenai beberapa info asas yang akan dibawakan oleh Windows 8.1 kelak, dan kini, hari ini mereka menerbitkan sebuah video khas, memperlihatkan fungsi-fungsi seperti kebolehan mengubah saiz Tiles, perubahan pada Start Screen, dan beberapa yang lain.

Windows 8.1 kelak akan ditawarkan dalam bentuk Preview pada penghujung bulan ini, membolehkan para pengguna menguji ia terlebih dahulu sebelum dilancarkan secara rasminya dalam beberapa bulan lagi.

Apa pun, bagi mereka yang ingin ketahui apakah yang akan dibawakan oleh Windows 8.1, mungkin video berikut akan membantu serba sedikit, dan sama-sama kita nantikan tarikh pelancaran Windows 8.1 Preview pada 27 Jun kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd