Cari @ Amanz

Bagi ramai pengguna, mungkin sedia mengenali salah satu laman forum terkemuka di Malaysia, Jiwang.org. Terkini, melalui laman MPA, ia dikongsikan mengatakan salah seorang yang dipercayai sebagai pentadbir laman Jiwang.org telah ditahan atas kesalahan perkongsian pautan ke muzik, filem dan kandungan berhak-cipta.

Ini adalah kali kedua kita mendengar mengenai berita yang lebih kurang sama, dimana pada bulan Mac yang lepas, salah seorang pentadbir laman SYOK.org turut menerima nasib yang lebih kurang serupa.

Ia dilaporkan, penahanan ini telah dilakukan pada 11 Jun yang lepas, dan sekiranya didapati bersalah, denda antara RM2000 ke RM20000 akan dikenakan untuk setiap salinan, dan denda antara RM4000 ke RM40000 untuk setiap kesalahan yang seterusnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd