Carian
Samsung Memperkenalkan Tablet ATIV Q
June 21, 2013 Ikhwan Nazri

Selain daripada keluarga Ativ Tab 3, pihak Samsung juga turut hadir dengan salah satu peranti berbentuk convertible, yang dikenali dengan nama Ativ Q serta membawakan beberapa bentuk mod peranti mengikuti kesesuaian pengguna. 

Samsung-PREMIERE-2013-Livestream-YouTube21 copy

Tablet ATIV Q ini merupakan peranti convertible yang mempunyai 6 mod bentuk iaitu sebagai tablet, mod menaip, mod untuk paparan secara mendatar, dan paparan tegak. Dalam bentuk mod menulis, ia turut hadir dengan sokongan S-Pen untuk memudahkan proses penulisan dan lakaran. Tablet ini juga turut membawakan paparan yang dipanggil qHD+ dengan resolusi setinggi 3200×1800 pixel yang dikatakan boleh membantu pengguna menggunakan peranti ini pada suasana cerah tanpa sebarang masalah.

Samsung-PREMIERE-2013-Livestream-YouTube2-1 copy

Tablet seberat 1.29kg dengan ketebalan 13.9mm ini beroperasi menggunakan sistem operasi Windows 8 dan juga berupaya untuk menjalankan perisian Android tanpa perlu di-boot semula. Aplikasi Android juga boleh dipinkan pada paparan antaramuka Windows 8. Dari segi cip pemprosesan, ia dijana menggunakan cip Intel Haswell yang baru.

Peranti yang dibina berasaskan magensium ini dan juga membawakan spesifikasi storan 128GB SSD, memori sebanyak 4GB DDR3L. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

Komen