Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, telah berlangsung acara pitching yang memperlihatkan 10 startup tempatan mempersembahkan idea dan produk mereka kepada Geeks On A Plane yang singgah ke Kuala Lumpur. Geeks On A Plane adalah kebanyakkannya daripada personaliti yang mempunyai pengaruh yang besar di dalam dunia startup, antaranya pelabur, wartawan dari TechCrunch dan juga wakil dari Google. Tujuan mereka adalah untuk mencari dan mengetahui senario startup tempatan.

Screw Your Valentine 

Pembangun solo ini menunjukkan permainan iOS yang dibangunkan olehnya, memfokuskan untuk pasangan bermain bersama-sama untuk memenangi sesuatu misi yang disediakan. Permainan ini masih ditahap beta dan akan dilancarkan pada 13 Ogos 2013 kelak.

iPrinz

iPrinz merupakan salah satu aplikasi iOS mereka untuk menghantar poskad ucapan fizikal dan membolehkan kad anda direka khas dengan memilih foto dari album digital di telefon ataupun daripada album Facebook. Poskad ucapan yang boleh dihantar ke seluruh dunia ini beharga USD 0.99 sekeping.

Infiltration Zero

Startup ini memperlihatkan permainan seakan-akan Metal Gear Solid, dimana pemain perlu menyusup masuk dan menyelesaikan misi tanpa dikesan musuh. Permainan ini pada masa ini dibangunkan untuk platform iPad, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dilancarkan kepada umum.

CrowdMontage

Pembangun bebas ini memperlihatkan aplikasi dengan seumpama TwitterFall, akan tetapi memfokuskan kepada gambar-gambar yang ditangkap berdasarkan hashtag. Melaluinya, gambar berkaitan sesuatu acara dapat dipamerkan dalam bentuk yang cantik, dan dikemaskini dalam bentuk masa-nyata.

Braille Phone

Startup ini memperlihatkan aplikasi untuk membolehkan orang cacat penglihatan untuk menggunakan telefon pintar melalui penggunaan papan kekunci Braille, dan juga bantuan arahan suara yang disokong oleh komuniti. Aplikasi ini sedang diuji pada platform Android, dan pada masa yang sama, turut dikatakan adalah mereka juga sedang membangunkan Braille Phone pada harga RM300.

SocialMon

Startup ini membangunkan permainan yang menggabungkan konsep Pokemon dan Tamagotchi. Menariknya, haiwan peliharaan pemain akan membesar berkadaran dengan perkongsian yang dilakukan di laman sosial.

Dragoo Mobile Game

Pembangun ini membangunkan permainan berasaskan kad untuk platform dalam talian. Pemain perlu membangunkan watak mereka seumpama permainan berasaskan RPG dan boleh bermain bersama rakan untuk mengumpulkan kad berlainan untuk tujuan menewaskan musuh. Permainan ini sedang dibangunkan untuk platform iOS dan turut sama akan dibangunkan untuk pengguna Android.

One Button Game

Permainan yang hanya menggunakan hanya satu butang ini direka untuk hiburan kasual di premis restoran. Ia dibangunkan untuk platform Android dan terdapat 3 permainan tersedia antaranya adalah Duck Hunt dan juga Space Invaders.

Catmoji

Salah satu laman sosial yang memfokuskan kepada para pengemar kucing. Buat masa ini, Catmoji masih pada peringkat percubaan beta tertutup, dan dijangka akan dibuka kepada semua tidak lama lagi.

Clef

Syarikat ini mengetengahkan teknologi yang sangat menarik dimana kad khas yang dibawakan oleh teknologi mereka mampu berinteraksi dengan telefon pintar anda melalui sentuhan kepada skrin, sekaligus menawarkan pelbagai informasi berkaitan dengan pantas.

………

Setelah acara pitching tamat, kami berkesempatan untuk bertanya pendapat Dave McClure mengenai landskap startuptempatan. Apabila ditanyakan sekiranya ada perkara berkaitan dunia teknologi di Malaysia yang pernah beliau dengar, beliau hanya mengetahui perkara berkenaan Malaysia dari Khailee Ng. Beliau juga mempunyai harapan tinggi berkenaan projek 500 Durian yang bakal menawarkan dana mikro buat startup tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd