Cari @ Amanz

Mengikut salah satu laporan terbaru, ia dikatakan Telekom Malaysia akan menjadi penyedia yang ke-sembilan untuk memasuki arena 4G LTE di Malaysia, sekaligus akan memperluaskan tawaran internet jalur-lebar berkelajuan tinggi di Malaysia.

Perkara ini dilaporkan oleh The Edge, memetik laporan Hong Leong Investment Bank. Daripada apa yang dikatakan, TM telah pun memulakan ujian di Kedah, dengan menggunakan 10 tapak. Daripada hasil awal, ia kelihatan berjaya.

Fasa pertama untuk perkhidmatan tersebut dikatakan mungkin akan diperkenalkan seawal suku pertama 2014, yang akan melibatkan lebih 250 tapak.

Ia dikatakan berkemungkinan pihak TM akan menggunakan frekuensi CDMA yang digunakan oleh mereka, sekaligus membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan 4G LTE pada spektrum rendah yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Dengan menggunakan frekuensi spektrum rendah, ia membolehkan penyedia meliputi kawasan yang lebih luas, disamping kualiti dalam bangunan yang lebih baik.

Sekiranya laporan ini tepat, maka kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak kawasan diseluruh Malaysia yang diliputi dengan rangkaian internet berkelajuan tinggi, terutamanya dikawasan yang Unifi tidak disokong buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd