Cari @ Amanz

Twitter hari ini telah pun mengemaskini antaramuka perkhidmatan TweetDeck mereka untuk versi web dan juga versi aplikasi Chrome, menawarkan antaramuka yang lebih kemas berbanding sebelum ini.

TweetDeck Web

Daripada rekabentuk baru ini, navigasi untuknya dialihkan ke bahagian kiri laman, sekaligus membolehkan para pengguna menambah column ke bahagian kanan dan menguruskannya dengan lebih mudah. Melalui maklumbalas awal ramai pengguna melalui perkhidmatan Twitter, ia kelihatan ramai menyukai perubahan ini, apatah lagi ia membawakan penggunaan yang lebih lancar, tanpa sebarang masalah.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh menyemak sendiri TweetDeck Web ataupun memuat-turun aplikasi Chrome, dan menggunakannya pada pelayar web Google Chrome anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd