Cari @ Amanz

Bagi mereka yang menggunakan aplikasi dalam pengurusan tugasan, mungkin sedia mengenali aplikasi popular Any.Do yang ditawarkan untuk beberapa platform. Terkini, pembangunnya turut hadir dengan sebuah aplikasi memfokuskan kepada kalendar, dikenali sebagai Cal.

Melalui Cal, ia membolehkan pengguna menguruskan kalendar mereka dengan lebih efisyen berbanding kebiasaan, dimana ia turut hadir dengan sokongan sync antara Google Calendar, iCloud dan juga Exchange.

Aplikasi ini turut sama diintegrasi bersama-sama dengan Any.Do. Jadi, sekiranya anda menetapkan sesuatu perkara pada Any.Do, maka ia akan diintegrasikan terus ke Cal dengan mudah, dan memperlihatkan tugasan anda pada Cal.

Selain fungsi-fungsi menarik, antaramuka dan rekabentuk aplikasi ini juga turut perlu diberikan pujian. Menurut pembangunnya, versi Android akan menyusul tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd