Cari @ Amanz

LibreOfficeSelain perkenalan aplikasi OpenOffice 4.0 pada awal minggu ini, pihak pembangun LibreOffice juga turut sama telah melancarkan versi terbaru perisian pejabat mereka, iaitu LibreOffice 4.1 dan sedia untuk dimuat-turun oleh para pengguna Windows, Linux dan juga OS X.

Bersama-sama LibreOffice 4.1, ia menyertakan beberapa perkara baru, serta memfokuskan kepada sokongan format dokumen Microsoft Office dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Beberapa sokongan khas turut disertakan, termasuk kebolehan untuk mengimport gambar dengan lebih baik pada Impress, sokongan footnote yang ditambah-baik pada Writer, dan juga sokongan sidebar eksperimental yang disertakan bersama-sama dengannya.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun LibreOffice 4.1, dan mencubanya pada komputer anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd