Cari @ Amanz

MegaLaman penganti untuk MegaUpload telah dilancarkan pada awal tahun ini, dikenali sebagai Mega dan memfokuskan kepada storan awan untuk pelbagai jenis format dokumen. Setelah memperkenalkannya dalam bentuk web, kini pembangunnya turut sama hadir dengan versi aplikasi Android mereka tersendiri.

Aplikasi rasmi Mega yang kini ditawarkan melalui Google Play Store ini membolehkan pengguna membuat salinan pendua fail media mereka dari peranti Android terus ke Mega dengan mudah. Pada masa yang sama, ia juga turut sama menawarkan kebolehan untuk pengguna mengakses fail-fail yang disimpan pada Mega melalui aplikasi berkenaan.

Bagi pengguna yang sedia menggunakan Dropbox, Google Drive dan sebagainya, aplikasi Mega membawakan sokongan yang menyerupai kepadanya.

Menurut pembangun Mega, aplikasi iOS dikatakan akan hadir selepas ini, dan tiada sebarang tarikh yang diberikan untuknya.

Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh mendapatkan aplikasi Mega ini daripada Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd