Cari @ Amanz

Hari ini, Google mengambil pentas utama dengan mengumumkan Nexus 7 generasi baru, yang mana membawakan beberapa perubahan dari segi rekabentuk, dan dikatakan lebih selesa untuk dipegang pada tangan.

Nexus 7 Baru

Nexus 7 masih mengekalkan skrin bersaiz 7-inci, tetapi kini menyertakan paparan dengan resolusi 1920×1200 pixel, membawakan kadar PPI sehingga 323 – sekaligus menjadikan ia tertinggi pada tablet buat masa ini.

Dengan paparan yang lebih jelas, ia sekaligus membolehkan pengguna menikmati media dengan lebih menarik. Nexus 7 juga turut menyertakan dwi-stereo pada tablet berkenaan, membolehkan pengguna menikmati video bukan sahaja dengan paparan cantik, tetapi dengan faktor bunyi yang lebih baik berbanding kebanyakkan peranti lain.

Nexus 7 Baru

Nexus 7 Baru

Nexus 7 Baru

Nexus 7 generasi baru ini juga turut menyertakan kamera hadapan 1.2-megapixel dan juga kamera belakang 5-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan cip empat-teras 1.5GHz Snapdragon S4 Pro dan juga memori sebanyak 2GB RAM. Sokongan rangkaian 4G LTE turut disertakan selain daripada sokongan NFC, dan juga pengecasan tanpa-wayar. Dari segi bateri, ia turut dioptimasikan dan menawarkan masa penggunaan yang lebih lama berbanding generasi sebelumnya.

Nexus 7

Nexus 7

Nexus 7 ini juga akan menjadi tablet pertama yang didatangkan dengan Android 4.3.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd