Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perisian alternatif pejabat, dan salah satunya adalah OpenOffice. Kini, Apache Software Foundation telah pun mengumumkan pelancaran OpenOffice 4.0 yang mana hadir dengan pelbagai fungsi baru dan penambah-baikkan kepada perisian tersebut.

OpenOffice 4.0

Salah satu perubahan utama yang disertakan pada OpenOffice 4.0 adalah penambahan panel sidebar yang akses pantas ke beberapa fungsi utama dalam membuat penyuntingan dokumen. Selain daripada itu, sokongan dokumen dengan format Microsoft Office ditambah-baik berbanding sebelumnya. Sokongan penyuntingan grafik pada OpenOffice juga ditambah-baik melalui versi ini.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun OpenOffice 4.0 untuk Windows, Mac dan juga Linux hari ini, dan mula menggunakannya dalam penyuntingan dokumen harian anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd