Cari @ Amanz

Sehari selepas pihak BlackBerry mengumumkan sedang melihat kepada beberapa strategi alternatif, hari ini, pengeluar peranti pintar berkenaan mengumumkan peranti baru mereka berasaskan kepada BlackBerry OS 7, iaitu BlackBerry 9720.

BlackBerry 9720

BlackBerry 9720 membawakan rekaan peranti seperti kebanyakkan telefon pintar mereka sebelum ini, dimana ia turut dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 2.8-inci dengan resolusi 480×360 pixel, serta hadir dengan kamera belakang 5-megapixel.

Memandangkan ia membawakan BlackBerry OS 7, maka pihak blackBerry turut mengatakan yang mana ia turut menyertakan sokongan untuk mengemaskini BBM, Twitter dan Facebook serentak dengan mudah, selain pelbagai aplikasi yang tersedia untuknya.

Peranti ini dijangka akan ditawarkan di beberapa negara terpilih, termasuk di sekitar Asia dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd