Cari @ Amanz

Samsung sedia menawarkan peranti pelbagai saiz, dan kini dilihat mereka juga ingin menawarkan peranti mereka yang dioptimasikan untuk pelbagai segmen pengguna. Terkini, hari ini gergasi dari Korea Selatan tersebut mengumumkan tablet Galaxy Tab 3 Kids secara rasminya.

Galaxy Tab 3 Kids

Galaxy Tab 3 Kids hadir dengan beberapa aplikasi popular yang dikhususkan untuk pembelajaran awal kanak-kanak. Selain berbentuk pendidikan, ia juga turut dilengkapi dengan aplikasi seperti buku digital, permainan dan juga hiburan. Ibu bapa juga boleh mengawal aplikasi apakah yang boleh diakses oleh anak-anak mereka melalui Application Manager.

Untuk mengelakkan kanak-kanak menggunakan tablet untuk masa yang lama, Samsung turut sama menyertakan aplikasi Time Management, dimana ia akan mengunci tablet berkenaan setelah melangkaui suatu jangka masa yang ditetapkan.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Tab 3 Kids ini menyertakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori 1GB RAM, kamera 1.3-megapixel pada bahagian hadapan dan 3-megapixel pada bahagian belakang.

Tablet ini dijangka akan ditawarkan untuk para pengguna di Asia Tenggara dalam beberapa bulan lagi.

Samsung Galaxy Tab 3 Kids

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd