Cari @ Amanz

Terdapat beberapa cara untuk mencari peranti Android yang hilang pada hari ini, dan kini pihak Google sendiri mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan Android Device Manager kelak pada bulan ini.

Android Device Manager akan ditawarkan untuk para pengguna Android 2.2 dan terkini, membolehkan mereka membuat beberapa perkara melaluinya.

Android Device Manager

Melalui Android Device Manager, pengguna boleh mengetahui kedudukan peranti mereka, disamping membuat beberapa perkara termasuk kebolehan untuk membuatkan peranti anda berbunyi, ataupun memadam semua data pada peranti anda.

Untuk menggunakannya, pengguna akan dikehendaki untuk menggunakan akaun Google, dan menguruskan peranti anda melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd